Friday, July 29, 2011
boringnyerr.....
Wednesday, July 27, 2011
Benarkah isteri Ramping rahsia rumah tangga Bahagia?
Kajian dapati lelaki puas hati jika pasangan jaga badan
TENNESSEE: Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.
Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini.
“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.
“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”
Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.
“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.”
Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.
“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.
“Lelaki dan wanita cenderung untuk gembira dalam sesuatu hubungan apabila lelaki terbabit lebih berkuasa dalam cara yang lebih lembut,” kata Susan Heitler, pakar terapi pasangan di Denver dan penulis PowerOfTwoMarriage.com.
“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.
Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan.
Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenainya.
Agensi
**Sebenarnya, saya letak artikel ni sebab masa hari ahad lepas saya pergilah rumah makcik husband.. lepastuh makcik husband terus sound saya. Dia cakap saya ni anak dua badan kenapa makin kurus... dia cakap dulu saya gemuk sket... memang ramai gakz yang cakap benda yang sama... saya dulu mmg agak chubby. Saya ni jenis yang senang naik berat badan dan senang turun berat badan..tp. mmg dari dulu sampai skarang, saya ni memang jenis kuat makan dan susah nak kontrol makan.. so, masa sebelum kahwin dan anak satu badan naik juga ler... purata berat time tuh 55-57kg..kalau 55kg tuh kira dah rasa okaylerr tuh..hehe... dan dan time tuh husband tengah baca surat khabar, lepas makcik dia cakap saya kurus jerr,, dia terus tunjuk saya artikel tuh..saya pun tak perasan akhbar mana..husband sengeh2 jer... saya hanya cakap eleh jer kat husband...:P makcik husband kata husband saya yang makin gemuk sket..hehe...:P okay, berat badan husband sebelum kahwin 52 kg now dah 60 kg...saya sebelum kahwin dan anak satu 55-57kg now purata turun naik 50-51kg jer... saja jer search artikel ni sekali jumpa.. erm, pada pendapat korang penting ker kurusni??ramai artis kurus2 cantik2 pon laki cari lain gakz kan..tp. sebenarnya, berat badan saya turunpon sebab saya terlalu penat sangat melayan anak2 saya yang super aktif dan super ligat tuh arr... jangan pasni naik lagi sudah..hehe .. sebab saya sangat puas hati dengan berat saya sekarang,,, tak kurus sangat x chubby sangat.... :D
Mood ~ Demam
Okay, masa balik pasir gudang ari ahad tuh, aisyah ngan mirza dah nampak tanda2 nak demam dah... nak-nak aisyah...sian dia,, masamjerr muka dia... lagipun ari ahad tuh mmg cuaca panas sangat kan... hari isnin, aisyah pun diserang demam,, panas betul badan dia... tp. sempat lagi ajak diorang pergi makan pizza ngan kfc.. sambil main mainan yang ada kat situ... masa main tuh, aisyah saya tengok dah okay sket,,, tp. sampaijer rumah, abang mirza pulak sambung demam sampai ke esokan harinya.Terpaksa lagilah berjaga malam kasi panas nya susut.. dan tadi pagi, saya pulak kena demam + selesema... berjangkit-jangkitlerr nampaknyerrr.... sebaik ada husband jaga anak-anak tuh arr... la ni baruler kurang sket setelah menelan 2 biji panadol dan rehat yang cukup...:D
Tuesday, July 19, 2011
FM Cameron Highland yang cute
Ha..ni hadiahnya...kecil tapi amat bermakna tau!! Saya memang suka terima hadiah..hehe.. free free jer join contest@ga dah boleh menang hadiah.. Makin bersemangatler saya nak join macam-macam contest dan ga lagi pasnih.. :D . Okay, ni entri yang saya buat masa GA berlangsung ... sila klik sini
anyway...terima kasih sekali lagi buat kak fieda dengan hadiah ni... Saya suka..suka sangat.. Saya pun memang peminat FM gakz memang beruntung lah dapat FM dari CH walaupun belum pernah lagi pergi CH ni... :D:D insyaAllah satu masa akan sampai juga ke sana... Amin...p/s: jangan lupa follow blog kak fieda http://sukahati-fieda.blogspot.com/ sebab banyak GA@Contest terbaru yang kak fieda sertai...sentiasa up to date tau..hehe... dah berapa banyak dah kak fieda menang hadiah yer?...:D
Monday, July 18, 2011
penat seorang ibu...
walaupon ibu penat dan selalu marah melayan kenakalan kalian,,, kalian tetap anak ibu @ insan yang paling ibu sayang di dunia
Wednesday, July 13, 2011
gelagat sebelum shopping....
Monday, July 11, 2011
The Peach Kebaya..
Gambar-gambar ni diambil masa dalam perjalanan ke Batu Pahat rumah Arwah atok saya belah ayah.... Ada kenduri Arwah kat sana...
bukan senangtau nak nengok Adik Aisyah senyum macam ni...
Ngan Abang Mirza saya... :D
Saya sayang abang Mirza.. Abang Mirza baik...
Saya comel...sekian, terima kasih...
haitt...macam bersilat plak...
Sunday, July 10, 2011
Aisyah dapat kasut raya....:D
Kira ni kemenangan contest pertama yang saya sertai walaupun saguhati...:) Maybe lepasni ada rezeki leh dapat tempat pertama plak ker??hehe... baru jer berjinak-jinak ngan contest montest ni ha... dah rasa 'addict' ler plak....:D
apa ada dalam beg kertas ni??
sepasang kasut pink...
korang semua jangan lupa singgah di Neezs Collection tau!! banyak baju bundle yang cun-cun dijual dengan harga menarik....Thanks Neezs Collection