Wednesday, July 27, 2011

Benarkah isteri Ramping rahsia rumah tangga Bahagia?

Kajian dapati lelaki puas hati jika pasangan jaga badan

TENNESSEE: Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.

Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini.

“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.

“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”

Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.

“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.”

Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.

“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.

“Lelaki dan wanita cenderung untuk gembira dalam sesuatu hubungan apabila lelaki terbabit lebih berkuasa dalam cara yang lebih lembut,” kata Susan Heitler, pakar terapi pasangan di Denver dan penulis PowerOfTwoMarriage.com.

“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.

Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan.

Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenainya.

Agensi


**Sebenarnya, saya letak artikel ni sebab masa hari ahad lepas saya pergilah rumah makcik husband.. lepastuh makcik husband terus sound saya. Dia cakap saya ni anak dua badan kenapa makin kurus... dia cakap dulu saya gemuk sket... memang ramai gakz yang cakap benda yang sama... saya dulu mmg agak chubby. Saya ni jenis yang senang naik berat badan dan senang turun berat badan..tp. mmg dari dulu sampai skarang, saya ni memang jenis kuat makan dan susah nak kontrol makan.. so, masa sebelum kahwin dan anak satu badan naik juga ler... purata berat time tuh 55-57kg..kalau 55kg tuh kira dah rasa okaylerr tuh..hehe... dan dan time tuh husband tengah baca surat khabar, lepas makcik dia cakap saya kurus jerr,, dia terus tunjuk saya artikel tuh..saya pun tak perasan akhbar mana..husband sengeh2 jer... saya hanya cakap eleh jer kat husband...:P makcik husband kata husband saya yang makin gemuk sket..hehe...:P okay, berat badan husband sebelum kahwin 52 kg now dah 60 kg...saya sebelum kahwin dan anak satu 55-57kg now purata turun naik 50-51kg jer... saja jer search artikel ni sekali jumpa.. erm, pada pendapat korang penting ker kurusni??ramai artis kurus2 cantik2 pon laki cari lain gakz kan..tp. sebenarnya, berat badan saya turunpon sebab saya terlalu penat sangat melayan anak2 saya yang super aktif dan super ligat tuh arr... jangan pasni naik lagi sudah..hehe .. sebab saya sangat puas hati dengan berat saya sekarang,,, tak kurus sangat x chubby sangat.... :D

2 comments:

fieda said...

tak juga kot....kat umah akak ni kan ada sepasang suami isteri...suami dia kecik jer tp isterinya gemuk giler la..2 kali suami dia..tp tgk dorang mcm bahagia je...seronok tgk..mgkn suami dia takut isteri dia sbb beso dari dia kot...hahahaha...

**Nora** said...

betultuh kak, x semestinya kena kurus baru leh bahagia kan? tp. kebanyakan orang lelaki ni mana nak cakap kan kak.. kita sendiri kena faham.. yelah, masa zaman dating dulu, isteri dia ramping macam kerengga.. dah anak 1, macam apam.. karang bila suami kita cakap sikit, merajuk kita nanti..hehe.. tp. kan, ikut pangkal hati suami kita sendiri juga... kalau dia ikhlas dengan kita, berubah bentuk badan camner sekalipun, dia sentiasa dengan kita..